Thursday, April 4, 2019

KELAB TAEKWONDO BEKAS TENTERA




 SEJARAH

Kelab ini dikenali sebagai KELAB TAEKWONDO BEKAS TENTERA (WTF) atau ringkasnya akan disebut sebagai KTBT (WTF). Kelab ini ditubuhkan pada 19 Oktober 2012 dan telah didaftarkan dengan pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (no pendaftaran 5807/2012) serta bernaung dibawah Taekwondo Malaysia (WTF) pada 28 Januari 2014 bernombor pendaftaran 6657/2014 berpusat di Kelab Taekwondo MSN Bukit Jalil Kuala Lumpur. Seramai enam ratus (600) orang ahli yang telah menyertai kelab ini di seluruh negeri.


ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN

            Alamat Bedaftar dan Alamat urusan ialah:

KELAB TAEKWONDO BEKAS TENTERA (WTF)
NO 7, ANJUNG DESA TUN HUSSIN ONN,
JALAN JELATIK,
54200 KUALA LUMPUR
Tel       : 03-4022 5077
Fax     : 03-4022 5077


OBJEKTIF TAEKWONDO KELAB TAEKWONDO BEKAS TENTERA (WTF)

i.                Mendedahkan dan memperkenalkan sukan Taekwondo kepada semua ahli.
i            Memberikan pendedahan kepada ahli tentang seni pertahankan diri.
i           Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelahar dan belia muda.
           Mengeratkan hubungan antara ahli yang berbilang kaum.
          Mengisi masa lapang ahli pada waktu cuti. 

]
KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH KELAB TAEKWONDO BEKAS TENTERA (WTF)

2019
i.      Memenangi Marina Island Pangkor Taekwondo Beach Carnival, 8 Emas, 3 Perak, 8 Gangsa di Lumut, Perak
2018
i.      Memenangi terbuka Interclub Win Long, 1 Emas, 2 Perak, 5 Gangsa di Johor
ii.     Memenangi terbuka International Speed Power, 3 Emas, 2 Perak, 12 Gangsa di Selangor
iii.    Memenangi terbuka Interclub RTS, 1 Emas, 2 Gangsa di Pulau Pinang
iv.   Memenangi CK Classic International, 1 Emas, 2 Perak, 3 Gangsa di Selangor
v.    Memenangi terbuka 3rd IPT & UPSI Invitational, 3 Emas, 1 Perak, 4 Gangsa di Perak
vi.   Memenangi 10th Anniversary Milo Taekwondo Championship, 2 Emas, 3 Perak, 4 Gangsa di Putrajaya


2017
i.      Memenangi terbuka Interclub Wu Won, 5 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa di Johor
ii.     Memenangi terbuka Koko Krunch, 2 Emas, 1 Perak, 3 Gangsa di Pulau Pinang
iii.    Memenangi terbuka Negeri Sembilan, 3 Emas, 1 Perak, 3 Gangsa

2016
i.      Memenangi terbuka Koko Crunch, 5 Emas, 4 Perak, 1 Gangsa di Kuala Lumpur
ii.     Memenangi terbuka Johor, 2 Emas, 5 Perak
iii.    Memenangi terbuka Melaka, 3 Emas, 3 Perak, 3 Gangsa
                                     



Wednesday, April 3, 2019

TIPS MENGURUS MASA DENGAN BIJAK BAGI 'SUPERWOMAN' YANG SIBUK

Wanita pasca moden ini memperlihatkan seorang yang serba boleh, mampu menyaingi lelaki dalam semua perkara, wanita sebagai anak, isteri, ibu, dan pekerja.
Pepatah Melayu ada mengatakan ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia.
Tips pengurusan masa wanita
Foto Kredit: marilia.com.br

PENGURUSAN MASA SANGAT PENTING UNTUK WANITA

Sekarang, sudah tiada alasan lagi untuk anda hendak bekerja, dalam masa yang sama menjadi isteri dan ibu.
Namun, untuk merealisasikan semua tugas itu, wanita perlu ‘soft skills’ untuk memastikan semua perkara dapat dilakukan dengan baik dan menepati masa.
Dengan mempraktikkan tips pengurusan masa yang bijak, anda sebenarnya mampu untuk bekerja dalam masa yang sama mampu menguruskan keluarga.
'Delay'kan kemarahan, kira nombor pada jam tangan

TIPS PENGURUSAN MASA BAGI ‘SUPERWOMAN’ YANG SERBA SIBUK

Jom kita amalkan tips pengurusan masa di bawah ini.
Foto Kredit: omoarabia.com
Foto Kredit: omoarabia.com

1. TIPS PENYEDIAAN MAKANAN

Bagi mempercepatkan penyediaan makanan, sewaktu hari minggu, atau masa kelapangan, gunakan sifat rajin anda untuk mengupas bahan-bahan asas memasak seperti mengupas bawang putih, bawang merah dan halia kemudian dikisar secara berasingan.
Setelah itu masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
Mudah bukan jika anda nak memasak kelak, bahan-bahan asas telah tersedia.
Jika anda memasak menggunakan lada kering, pastikan anda telah merebus lada tersebut, kisar dan simpan di dalam peti ais.
Begitu juga dengan sayur-sayur yang tahan lama boleh dipotong terlebih dahulu, siang ikan, membersihkan ayam dan kemudian simpan.
Bagi ibu yang ada anak kecil yang perlu diberi bubur, anda boleh masak dengan segera bubur tersebut, tetapi perlu ada caranya.
Kaedah ini akan mempercepatkan proses anda untuk memasak di hari bekerja.
bayi tidur berdengkur
Foto Kredit: homefuly.com

2. TIPS MENGEMAS RUMAH

Untuk pastikan masa anda mencukupi untuk mengemas rumah, pastikan seisi rumah mempraktikkan amalan ‘dah guna, simpan’.
Jangan biarkan pinggan tak dicuci selepas makan atau masak. Menangguh kerjaakan hanya membuatkan anda lebih stres.
Jika anda mengamalkan cara ini, walau pun hari bekerja, anda masih boleh mengekalkan kebersihan rumah.
Foto Kredit: gizmodo.com.au
Foto Kredit: gizmodo.com.au

3. TIPS MEMBASUH & MENYIDAI BAJU

Basuh baju paling senang dan mudah jika di rumah anda ada mesin basuh automatik.
Semasa hari bekerja, pastikan 2 hari sekali anda mesti membasuh baju. Jangan biarkan baju disimpan dan dibasuh ketika hujung minggu.
Jika anda hanya sempat membasuh baju selepas pulang kerja, pastikan anda bangun awal pagi untuk menyidainya.
Minta bantuan suami untuk menyidai jika terlalu banyak.
disiplin anak

4. TIPS SETERIKA BAJU

Cari waktu sesuai untuk anda menggosok semua baju yang akan dipakai dalam seminggu.
Lakukan sambil menonton tv atau berbual dengan keluarga supaya anda tidak terasa bebanannya.
Bagi menggosok baju batik sutera, cara paling mudah dan menjimatkan masa, anda simpan baju itu di dalam peti sejuk beku selama 15-20 minit, kemudian barulah anda gosok tanpa menggunakan air. Baju itu akan lebih mudah untuk digosok.
Hubungan kekeluargaan lebih erat jika tonton TV bersama-sama
Hubungan kekeluargaan lebih erat jika tonton TV bersama-sama

5. TIPS MELUANGKAN MASA BERKUALITI DENGAN ANAK & SUAMI

Ambil peluang berbual dengan keluarga ketika makan. Ajak sekali anak dan suami menyediakan makanan bersama, terutamanya di hujung minggu.
Kalau mereka tak pandai memasak, siangkan sayur, sediakan pinggan mangkuk, atau buat minuman.
Selain itu, pastikan kerja-kerja di pejabat tidak sama sekali di bawa pulang ke rumah, walaupun anda ingin buat ketika anak tidur.
Banyakkan makan buah-buahan tempatan

6. TIPS KESIHATAN

Untuk memastikan anda kekal aktif dan sihat bertenaga, Ambillah makanan yang sihat serta vitamin yang membantu memberi kesegaran badan.
Selain itu, amalkan sedikit senaman yang dapat memberi tenaga berpanjangan.
Di pejabat juga boleh bersenam sebenarnya. Pastikan semasa datang ke pejabat, anda pakir kereta jauh sedikit dari tempat bekerja. Jadi, anda akan terpaksa berjalan kaki untuk ke tempat kerja, itu juga merupakan satu senaman.
Selain itu, ketika di pejabat, guna tangga untuk bergerak. Elakkan daripada menggunakan lif.
Apabila anda aktif dan banyak bergerak, jantung anda akan kekal sihat.
Apabila anda sihat, anda mampu untuk menjadi ‘Superwoman’.
working

WANITA PERLU ADA DISIPLIN UNTUK MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untk menguruskan keluarga, tips pengurusan masa ini sekadar perkongsian bersama.
Tetapi, kita sebagai wanita perlu ada keazaman yang tinggi untuk menjadi insan yang terbaik untuk orang tersayang.
Utuh dan kukuhnya sesebuah institusi kekeluargaan bergantung kepada mantapnya jalinan ukhwah yang terbina dan didikan agama yang sempurna.

5 JENIS DIET YANG BERKESAN

Lemak tepu semuanya akibat dialog di bawah:
“Banyak gila kot aku makan tadi kat rumah Kak Siti, sumpah next week aku diet”
Tetapi, pernah tak, anda betul-betul ikut diet yang anda bercadang nak buat itu?
Credit: giphy.com
Frasa yang sering kali didengari dan diucapkan oleh kita tetapi tidak mampu dilaksanakan. Siapa di antara anda yang pernah katakan bait-bait sedemikian silalah angkat perut!
Baiklah tanpa melengahkan masa lagi, saya ingin menyenaraikan jenis-jenis diet yang popular dan anda boleh cuba bagi menghilangkan lemak tepu yang telah anda kumpul semasa berkunjung ke open house rakan-rakan anda atau di mana-mana sahaja
1. Diet Paleo

Kredit: thepaleodiet.com
Diet Paleo atau dikenali sebagai diet orang zaman batu mempunyai teori bahawa sakit moden yang masa sekarang ini adalah disebabkan pengambilan bahan-bahan seperti bijiran, tenusu dand juga makanan yang telah diproses. Diet Paleo menekan pada pemakanan seperti sayuran, buah-buahan, kekacang dan mengelak pengambilan makanan yang diproses, gula, tenusu dan juga bijiran.
Di Malaysia terdapat cafe yang memperkenalkan diet Paleo ini iaitu Paleolicious.

Butterkicap/Paleolicious

2. Diet Atkins

Kredit: bodynutrition.org
Diet Atkins merupakan antara diet yang popular di Malaysia. Di Twitter, terdapat satu akaun yang khas yang dibuka bagi mereka yang ingin mengikuti diet atkins ini. Diet atkins akan menolong anda mengawal tahap insulin dalam badan anda menerusi cara pemakanan yang betul.
Diet Atkins dikatakan berkesan kerana makanan yang anda ambil haruslah merupakan makanan yang mengandungi protein dan lemak serta mengelak daripada mengambil makanan berkabohidrat.  Antara sebab utama diet ini berkesan adalah kerana ianya mengurangkan selera anda untuk mengambil makanan yang akan meningkatkan berat badan anda.

3. Diet Vegetarian

Kredit: everydayhealth.com
Kebanyakan vegetarian adalah lacto-ovovegetarians, dalam erti kata lain, mereka tidak makan makanan yang berasaskan haiwan, kecuali telur, susu, dan madu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan bahawa golongan vegetarian mempunyai berat badan yang lebih rendah, kurang mendapat penyakit, dan  secara umumnya mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada orang yang makan daging.

4. Diet Makanan Mentah (Raw Food)

Kredit: gbcmag.com
Diet makan makanan mentah  atau raw foodism, melibatkan makanan dan minuman yang tidak diproses, makanan tersebut berasaskan tumbuhan, dan bahan organik yang ideal.
Bagi mereka yang ingin mencuba Raw Foodism,  tiga perempat daripada pengambilan makanan anda harus terdiri daripada makanan yang belum dimasak. Sejumlah besar pengamal raw foodism turut merupakan vegan iaitu mereka tidak makan atau minum apa-apa yang berasaskan haiwan.
Terdapat empat jenis makanan mentah utama: vegetarian mentah, vegan mentah, omnivora mentah, dan karnivora mentah.

5. Intermittent fasting

Credit: Agileleanlife.com
Puasa secara berselang-seli adalah corak makan yang mana kitaran pemakanan adalah antara tempoh puasa dan makan. Daripada menyekat anda daripada makan, diet ini menandakan masa untuk anda perlu makan.
Puasa secara berselang-seli biasanya diamalkan untuk menurunkan berat badan kerana memudahkan proses penyekatan kalori anda.
Terdapat 4 kategori Puasa berselang-seli iaitu
  • Metod 16/8 : Tidak mengambil sarapan dan hanya makan untuk 8 jam sahaja.
  • Metod Makan-berhenti-makan : Melibatkan anda berpuasa selama 24 jam sekali atau 2 kali dalam seminggu
  • Diet 5:2 : Menghadkan pengambil kalori hingga 600 kalori 2 kali seminggu dan mengambil makanan seperti biasa bagi 5 hari yang selebihnya.
  • Diet Pahlawan : Hanya mengambil makanan seperti sayuran dan buah-buahan pada waktu pagi dan hanya mengambil makanan yang besar pada waktu malam.

Jadi kepada mereka yang ingin berdiet tu, lihatlah diet yang disenaraikan di atas dan amalkanlah mengikut kemampuan anda. Ingat, diet, diet juga, senaman tetap kena buat juga. Lemak tepu itu takkan dapat hilang dengan mudah.
Selamat Berdiet.

Kredit: carbonatedTV.com

TANDA-TANDA ANDA BIJAK MENGAWAL EMOSI


Pernah tak dengar pasal Emotional Intelligence?  Manusia dikurniakan pelbagai bakat dan kepandaian, ada yang pandai akademik, ada yang pandai bersukan, ada yang pandai  merekacipta dan sebagainya.
Kebolehan mengendalikan emosi juga dikenali sebagai satu kepandaian yang tidak dimiliki semua orang. Berikut adalah tanda-tanda anda atau orang lain mempunyai kepandaian emosi.
1. Berfikir Mengenai Reaksi


Orang yang ada kepandaian emosi tahu membezakan reaksi yang baik atau buruk dalam satu-satu keadaan. Kadang-kadang kita cenderung untuk memberi reaksi negatif apabila berada dalam situasi tertekan.
Mereka yang ada kepandaian emosi selalunya akan dapat berfikir secara bijak bagaimana reaksi yang harus diberikan walaupun apabila menghadapi sesuatu yang negatif.
Mereka akan berfikir dan menimbangkan beberapa perkara sebelum mereka memberikan reaksi kerana mereka selalunya memikirkan kesan reaksi mereka terhadap orang lain dan diri sendiri.
Mereka yang tidak mempunyai kepandaian emosi selalunya hanya akan memberi respon tanpa memikirkan baik buruk kesannya pada diri sendiri dan orang lain. Boleh dikatakan, mereka yang suka melenting atau panas baran tidak mempunyai kepandaian emosi yang tinggi.
Mereka ini lebih terikut-ikut dengan perasaan dan sukar berfikir secara rasional. Mereka tidak dapat mengawal emosi terutamanya yang bersifat negatif.
Apabila kurang kepandaian emosi, sukar untuk individu tersebut bersosial dengan baik dan mudah untuk berasa tertekan dan murung.
2. Cabaran Sebagai Peluang


Bila anda berada dalam persekitaran atau perkara yang sukar, jika anda mempunyai kepandaian emosi, anda akan melihatnya sebagai peluang untuk anda upgrade diri sendiri menjadi lebih baik.
Setiap kesukaran yang melanda akan dilihat sebagai cabaran untuk mematangkan diri. Orang yang mempunyai kepandaian emosi ada daya yang luar biasa untuk menukar yang negatif kepada positif. Mereka bijak dalam mengawal fikiran dan perasaan di waktu kritikal.
3. Kawalan Diri
  
Secara normalnya, kita akan bertindak balas dengan perasaan kita dan menzahirkan melalui perbuatan. Bila kita sedih, kita tidak mahu keluar dan bersosial dengan kawan-kawan, bila kita marah, kita akan mula melayan seseorang atau sesuatu dengan cara yang dingin atau kasar.
Semua perkara yang kita lakukan berkaitan dengan emosi sebenarnya. Jadi, beza orang biasa dengan orang yang ada kepandaian emosi adalah mereka tidak bertindak mengikut perasaan. Mereka bertindak mengikut apa yang terbaik dalam situasi semasa, untuk diri sendiri dan orang lain.
Contohnya, walaupun sedih, mereka masih keluar bersosial seperti biasa dan melakukan rutin harian daripada mengurungkan diri dalam rumah sepanjang hari. Penting untuk seorang usahawan mempunyai kemahiran seperti ini kerana salah percaturan dengan emosi boleh beri kesan kepada bisnes.
4. Kaca Mata Empati

Beza simpati dan empati adalah bukan setakat merasakan tetapi memahami. Kalau anda jenis yang boleh memahami dan merasai perasaan orang lain tanpa perlu diberitahu, tahniah! Anda adalah seorang yang mempunyai kepandaian emosi yang sangat tinggi. Dengan adanya bakat ini, anda adalah seseorang yang mudah disukai dan disenangi ramai.
Sekiranya anda tidak mempunyai ciri-ciri di atas, tidak perlu risau. Sesetengah kepandaian datang daripada bakat, sesetengah lagi boleh dipelajari. Latih kawal diri dan anda juga boleh asah kepandaian emosi pada diri.




TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI

Sebaik saja akad nikah dilafazkan, seorang lelaki serta-merta telah menggalas tugas sebagai suami kepada wanita pilihannya. Tetapi sejauh mana anda tahu tentang tanggungjawab suami dalam Islam di dalam rumah tangga?
Walaupun pada zaman moden ini, ramai wanita yang turut sama bekerja untuk membantu keluarga, namun nafkah suami terhadap isteri tidak boleh dipandang lewa.
Jika seseorang isteri mampu untuk membiayai dirinya sendiri, suami tidak boleh sekali-kali menggunakan wang isteri tanpa keizinan si isteri.

Tanggungjawab Suami Dalam Islam: Apa Yang Perlu Disediakan Kepada Isteri?

Berikut merupakan tanggungjawab suami yang perlu dilunaskan kepada isteri:

Tanggungjawab Suami Dalam Islam #1 Menyediakan Rumah Yang Selesa

tanggungjawab suami dalam islam, tanggungjawab suami, nafkah suami kepada isteri, tanggungjawab suami kepada isteri, dosa suami kepada isteri, peranan suami, suami isteri, jenis nafkah, nafkah batin suami kepada isteri, keperluan untuk isteri, isteri bahagia,

Sebaiknya, suami sediakan rumah kepada isteri untuk menginap sebaik sahaja anda diijabkabulkan.
Rumah yang disediakan tidak perlu besar dan mewah, namun cukup sekadar selesa dan bersih untuk anda berdua mengikut kemampuan suami. 
[SURAH AT TALAQ AYAT 7]
لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ ۖ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
 
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya.
Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.”

Tanggungjawab Suami Dalam Islam #2 Menyediakan Makan dan Minum

tanggungjawab suami dalam islam, tanggungjawab suami, nafkah suami kepada isteri, tanggungjawab suami kepada isteri, dosa suami kepada isteri, peranan suami, suami isteri, jenis nafkah, nafkah batin suami kepada isteri, keperluan untuk isteri, isteri bahagia,

Menyediakan makan minum seorang isteri termasuklah menyediakan wang kepada isteri untuk berbelanja membeli bahan basahan di dapur.
Mungkin ada di kalangan suami yang leka apabila isteri menggunakan wang saku yang dibekalkan suami untuk membeli makanan, padahal sepatutnya suami memberi wang berasingan untuk tujuan itu.
Namun, tidak salah sekiranya isteri menggunakan wang sendiri asalkan dia redha, dengan niat tidak mahu membebankan suami.
 [SURAH AL BAQARAH AYAT 233]
“Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.”

Tanggungjawab Suami Dalam Islam #3 Menyediakan Pakaian dan Perhiasan

tanggungjawab suami dalam islam, nafkah suami kepada isteri, tanggungjawab suami kepada isteri, dosa suami kepada isteri, peranan suami, suami isteri, jenis nafkah, nafkah batin suami kepada isteri, keperluan untuk isteri, isteri bahagia,

Suami wajib menyediakan pakaian yang elok dan bersih kepada isterinya. Sebaiknya yang manis dipandang dan menutup aurat.
Isteri wajib mendapat 2 persalinan setahun, ini merangkumi pakaian dalam dan pakaian luar dari kepala ke kaki (kasut).
Wanita juga diketahui suka berhias, jadi suami seeloknya memberikan hadiah perhiasan untuk isteri selagi barang perhiasan tu tidak berlebih-lebih dan memenuhi syarak.
[SURAH AN-NISA AYAT 5]
وَ لَا تُؤۡتُوا السُّفَہَآءَ اَمۡوَالَکُمُ الَّتِیۡ جَعَلَ اللّٰہُ لَکُمۡ قِیٰمًا وَّ ارۡزُقُوۡہُمۡ فِیۡہَا وَ اکۡسُوۡہُمۡ وَ قُوۡلُوۡا لَہُمۡ قَوۡلًا مَّعۡرُوۡفًا
“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. 
Berilah mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik.”

Tanggungjawab Suami Dalam Islam #4 Perubatan

tanggungjawab suami, nafkah suami kepada isteri, tanggungjawab suami kepada isteri, dosa suami kepada isteri, peranan suami, suami isteri, jenis nafkah, nafkah batin suami kepada isteri, keperluan untuk isteri, isteri bahagia,

Sediakan duit untuk menampung perubatan isteri, sekiranya isteri ditimpa sakit secara tiba-tiba.
Kita tidak boleh menjangka sekiranya sesiapapun di dalam keluarga yang akan jatuh sakit jadi sebaiknya disediakan tabung kecemasan sepanjang masa.

Tanggungjawab Suami Dalam Islam #5 Menyediakan Pembantu

Perlulah suami ketahui yang isteri bukannya orang gaji yang dikahwini semata-mata untuk melunaskan kerja rumah semata-mata.
Isteri seharusnya dijaga sebaik mungkin dan tanggungjawab mengemaskan rumah hanyalah ehsan dari isteri buat suami.
Namun sekiranya isteri melakukan pekerjaan tersebut, isteri harus melakukan dengan ikhlas dan akan mendapat pahala. Buat para suami, sekiranya mampu, sediakan pembantu untuk isteri anda terutamanya semasa isteri dalam keadaan berpantang. 
[SURAH AN-NISA AYAT 19]
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا لاَ يَحِلًّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوْا النِّسَاءَ كَرْهًا وَلاَ تَعْضُلُوْهُنَّ لِتَذْهَبُوْا بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوْهُنَّ إِلاَّ أَنْ يَأْتِيْنَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوْهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوْا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللهُ فِيْهِ خَيْرًا كَثِيْراً
Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kalian mempusakai wanita dengan jalan paksa. Janganlah kalian menghalangi mereka kawin dan menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kalian berikan kepada mereka, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Bergaullah kalian dengan mereka secara patut. Kemudian jika kalian tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kalian tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Beanahomequran
kredit: theasianparent

JOM TERJAH

KELAB TAEKWONDO BEKAS TENTERA

  SEJARAH Kelab ini dikenali sebagai KELAB TAEKWONDO BEKAS TENTERA (WTF) atau ringkasnya akan disebut sebagai KTBT (WTF) . Kel...