Media
sosial seperti Instagram, Facebook atau Twitter memainkan peranan penting dalam
hidup kita kini. Ia membolehkan kita membina hubungan dan komunikasi. Tapi,
tahukah anda yang media sosial juga sebenarnya satu peruntuh rumah tangga?Anda yang menyayangi mahligai
yang dibina nampaknya bolehlah mengambil serba-sedikit nasihat dan fakta yang
diberi di bawah untuk kurangkan bermain handphone, ya?
6 cara
media sosial boleh jadi peruntuh rumah tangga
1. Media sosial merugikan masa
Kita
selalu asyik scroll newsfeeds Facebook,
Twitter atau Instagram ketika kita tak ada benda nak buat. Betul tak? Kita
membuatkan ia jadi satu “habit” untuk scroll media sosial
ketika tak sibuk.Tak salah pun kalau asyik scroll media sosial
ketika anda free,
tapi kalau anda dan pasangan asyik sibuk dengan handphone dan tak
bersembang langsung, maka perkahwinan kalian pasti akan ada masalah nanti. Salah
seorang dari kalian sebenarnya tengah terlepas momen indah yang tak boleh diulang
semula!
2.
Media sosial buat anda berhubung dengan orang yang salah
Sebelum berkahwin, anda atau
pasangan pasti pernah date dengan
orang lain, kan? Walaupun itu semua kisah lepas, tapi media sosial memudahkan
anda untuk “terjumpa” dengan kisah silam ini.
Berbaik-baik dengan bekas
kekasih mungkin tak berbahaya pun, tapi anda kena mempertimbangkan perasaan
pasangan. Lebih bahaya kalau anda (atau pasangan) masih belum move on dan
menggunakan media sosial untuk stalk bekas kekasih. Aduh!
3.
Media sosial buat anda mahu hidup yang “lebih baik”
Anda kena ingat satu benda ini: apa yang anda nampak dalam media
sosial selalunya bukanlah gambaran sebenar tentang
kehidupan kawan-kawan anda. Kita semua hanya akan muatnaik
gambar yang “terbaik” dalam media sosial. Jadi, apa yang anda lihat di newsfeed itu
mungkin adalah gambar yang digunapakai untuk menanam idea. Ini boleh membuatkan anda rasa
“tak cukup” dan mahu hidup yang “lebih baik”.
4.
Media sosial memburukkan komunikasi
Media sosial kan satu alat
komunikasi, bagaimana ia boleh memburukkan komunikasi pula? Itulah ironiknya
media sosial ini! Kalau anda akan buka media
sosial apabila ingin dipujuk, berbanding bercakap dengan pasangan, itu satu masalah. Apabila anda asyik dengan media
sosial apabila bersama dengan pasangan, itu juga satu masalah! Lagi satu,
pasangan anda tak sepatutnya tahu tentang sesuatu tentang hidup anda dari newsfeed.
Anda yang kena cakap dan bercerita dengannya. Bukan perlu update di
Facebook.
5.
Media sosial buat anda terlebih kongsi pasal rumah tangga
Pasti kita pernah berkongsi
tentang hubungan kita di media sosial, kan? Tak kisahlah mungkin gambar suami
dengan caption bergula
ke atau kes perselisihan faham malam tadi. Anda boleh membebel dan
meluahkan perasaan, tapi apa yang anda luah di media sosial TAK BOLEH DIPADAM,
walaupun lepas anda menyesal dan delete post itu. Ini sebab semua orang di media
sosial telah membacanya! Cuba bayangkan anda meluah perasaan marah pada suami
di media sosial. Tiba-tiba esok kalian sudah berbaik. Walaupun anda padam post marah-marah
itu dari timeline anda, tapi tanggapan buruk orang pada suami anda telah
tercipta!
6.
Media sosial merosakkan keakraban suami isteri
Kalau anda selalu sangat sibuk
nak periksa feed media
sosial sebelum tidur, percayalah, ia boleh merosakkan hubungan kalian. Ini
kerana biasanya sebelum tidur, tika itulah pasangan anda mahu cuddle dan
bersembang dengan anda.Malah, media sosial juga boleh
mengganggu waktu tidur anda! Kalau boleh, buka night mode atau reading mode pada
waktu malam kerana cahaya terang (warna seakan biru) dari skrin membuatkan anda
tak boleh tidur.
No comments:
Post a Comment