Wednesday, April 3, 2019

TANDA-TANDA ANDA BIJAK MENGAWAL EMOSI


Pernah tak dengar pasal Emotional Intelligence?  Manusia dikurniakan pelbagai bakat dan kepandaian, ada yang pandai akademik, ada yang pandai bersukan, ada yang pandai  merekacipta dan sebagainya.
Kebolehan mengendalikan emosi juga dikenali sebagai satu kepandaian yang tidak dimiliki semua orang. Berikut adalah tanda-tanda anda atau orang lain mempunyai kepandaian emosi.
1. Berfikir Mengenai Reaksi


Orang yang ada kepandaian emosi tahu membezakan reaksi yang baik atau buruk dalam satu-satu keadaan. Kadang-kadang kita cenderung untuk memberi reaksi negatif apabila berada dalam situasi tertekan.
Mereka yang ada kepandaian emosi selalunya akan dapat berfikir secara bijak bagaimana reaksi yang harus diberikan walaupun apabila menghadapi sesuatu yang negatif.
Mereka akan berfikir dan menimbangkan beberapa perkara sebelum mereka memberikan reaksi kerana mereka selalunya memikirkan kesan reaksi mereka terhadap orang lain dan diri sendiri.
Mereka yang tidak mempunyai kepandaian emosi selalunya hanya akan memberi respon tanpa memikirkan baik buruk kesannya pada diri sendiri dan orang lain. Boleh dikatakan, mereka yang suka melenting atau panas baran tidak mempunyai kepandaian emosi yang tinggi.
Mereka ini lebih terikut-ikut dengan perasaan dan sukar berfikir secara rasional. Mereka tidak dapat mengawal emosi terutamanya yang bersifat negatif.
Apabila kurang kepandaian emosi, sukar untuk individu tersebut bersosial dengan baik dan mudah untuk berasa tertekan dan murung.
2. Cabaran Sebagai Peluang


Bila anda berada dalam persekitaran atau perkara yang sukar, jika anda mempunyai kepandaian emosi, anda akan melihatnya sebagai peluang untuk anda upgrade diri sendiri menjadi lebih baik.
Setiap kesukaran yang melanda akan dilihat sebagai cabaran untuk mematangkan diri. Orang yang mempunyai kepandaian emosi ada daya yang luar biasa untuk menukar yang negatif kepada positif. Mereka bijak dalam mengawal fikiran dan perasaan di waktu kritikal.
3. Kawalan Diri
  
Secara normalnya, kita akan bertindak balas dengan perasaan kita dan menzahirkan melalui perbuatan. Bila kita sedih, kita tidak mahu keluar dan bersosial dengan kawan-kawan, bila kita marah, kita akan mula melayan seseorang atau sesuatu dengan cara yang dingin atau kasar.
Semua perkara yang kita lakukan berkaitan dengan emosi sebenarnya. Jadi, beza orang biasa dengan orang yang ada kepandaian emosi adalah mereka tidak bertindak mengikut perasaan. Mereka bertindak mengikut apa yang terbaik dalam situasi semasa, untuk diri sendiri dan orang lain.
Contohnya, walaupun sedih, mereka masih keluar bersosial seperti biasa dan melakukan rutin harian daripada mengurungkan diri dalam rumah sepanjang hari. Penting untuk seorang usahawan mempunyai kemahiran seperti ini kerana salah percaturan dengan emosi boleh beri kesan kepada bisnes.
4. Kaca Mata Empati

Beza simpati dan empati adalah bukan setakat merasakan tetapi memahami. Kalau anda jenis yang boleh memahami dan merasai perasaan orang lain tanpa perlu diberitahu, tahniah! Anda adalah seorang yang mempunyai kepandaian emosi yang sangat tinggi. Dengan adanya bakat ini, anda adalah seseorang yang mudah disukai dan disenangi ramai.
Sekiranya anda tidak mempunyai ciri-ciri di atas, tidak perlu risau. Sesetengah kepandaian datang daripada bakat, sesetengah lagi boleh dipelajari. Latih kawal diri dan anda juga boleh asah kepandaian emosi pada diri.




No comments:

Post a Comment

JOM TERJAH

KELAB TAEKWONDO BEKAS TENTERA

  SEJARAH Kelab ini dikenali sebagai KELAB TAEKWONDO BEKAS TENTERA (WTF) atau ringkasnya akan disebut sebagai KTBT (WTF) . Kel...